Pertandingan Golf Alumtek 2023.

Tarikh: 8/10/2023, Ahad
Tempat: Bkt Beruntung Golf Course
Masa: 1 tghari

Alhamdullillah pertandingan yg diadakan semalam berjalan lancar dengan cuaca yg baik. 44 orang yg telah mendaftar. 2 orang terpaksa menarik diri di saat akhir atas sebab peribadi. Penyertaan dari 18 batches bermula dari batch 70/71 hingga ke 03/04. Pelbagai gelagat dapat disaksikan semasa di padang golf. Handal2 juga otai2 ni. Dapatlah belajar dari mereka ni skil dan tips…Yang penting semua terhibur. Salah satu tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah persahabatan di antara pelbagai batch alumni. Semoga program dan aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi dan penyertaan dari lebih ramai alumni amatlah diharapkan. Tahniah kepada Saudara Rizal Saluki, 84/85 yg telah menjuarai kali kedua pertandingan ini. Tahniah juga kepada pemenang yg lain. Syabas kepada pihak penganjur yg telah berusaha keras bagi memastikan perjalanan pertandingan ini lancar. Jutaan terimakasih juga kepada para penyumbang hadiah-hadiah pertandingan ini. Terimakasih sekali lagi kepada semua alumni yang bertanding.
Program seterusnya ialah Pertandingan Bowling pada 4/11/2023, Sabtu di Bangi Gateway. Jom mendaftar cepat sebelum pendaftaran ditutup…
Bertugas Hidup Berjasa..

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *